BE NICE IF YOU WAS HERE !! thanks ...
budak comel

Trip to Bako National Park

Assalamualaikum pembuka bicara.. hehe.. post kali ni post pertama mimi update untuk 2017..hahaha.. jarang ada masa nak update blog.. jarang ada kerajinan.. blog ni  b'tahan dah 7 tahun.. hahahha.. mejoriti post dah deleted atas sebab tertentu.. hahahaha

Alhamdulillah.. tahun ni tahun terakhir bergelar sebagai pelajar sarjana muda.. ditahun terakhir ni lah baru nak b'jalan ronda-ronda negeri orang.. hahaha.. oh Sarawak.. so, untuk trip ronda yang pertama.. kami pilih Taman Negara Bako sebagai destinasi pilihan.. kenapa bako? sebab dari sem-sem lalu google gambar..bako view dia lawa gilaa.. ditambah dengan jelous sebab nampak kawan seperjuangan yg lain dah jejak kaki ke sana.. lepas banyak info dikumpul dari mereka yang dah jejak sana duluan, baru lah kami buat gerakan kami.. siap ada tentatif tak formal lagi uolss..hahaha..

tentatif simple :
6.30 @ 6.45 AM : Bertolak dari Samarahan + Isi minyak.

7.45 AM : Sampai Bako National Carpark @ boat jetty

8.00 AM : InshaAllah naik boat untuk perjalanan ke Bako National park (boat inshaAllah akan ambil masa selama 45 minit) – SEMUA BOAT YA..TEDA SAMPAN2!

8.50 AM : InshaAllah jejak Bako National Park sudah kitaaaa..wiihiii~~

8.50 ~ ??? AM : Menikmati Alam..

Jam naik boat untuk balik cannot be estimate here sebab my bro cakap nanti di jetty sana baru di bagitau..hahahhahahhahaa..

Selalunya jam 2 @ 3 PM J

NOTES :
-          Untuk jalanan track jangan risau..nanti mereka beri maps untuk rujukan kita..
-          Ini untuk keselesaan peribadi ya.. bawa baju extra..manalah tau b’peluh ka apa kan..hahha
-          Bawa extra money untuk kegunaan peribadi yaa.. sana teda swap2 card..
-          Bawa air minum extraaaaa..
-          Pakaian tu makesure yg selesa kamu pakai time menikmati alam..
-          Sentiasa berhati-hati dan bergerak di dalam kumpulan supaya teda yang sesat
-          Sentiasa bawa apa tu.. yg dilekat-lekat untuk blister-blister tu..hehe
-          Mohon jaga diri sendiri dan bantu kawan-kawan yg lain..apa yg penting? KERJASAMA!
-          Yg penting JAGA DIRIIIIII!!! Risau ni + caring gitu looooohhh!
-          Last.. enjoy jak di hari kejadian ~~ terima kasih atas respond positive dan sifat sporting yang tinggi.. J
tu la tentatif simple yang kami cuba ikut tapi tetap  gagal..hahahhaa.. sebab apa? dalam jadual sepatutnya jam 8 dah smpai bako.. kami sampai jam 8.50 AM.. hahahhahaa.. lambat sebab singgah sarapan..jammed sebab ada excident lagi.. risau juga time lambat tu sebab takut takda boat dah nak hantar pegi bako..

cincai kira.. gerak naik boat dalam jam 9.20 AM sebab urus register entrance dengan boat kat boat counter.. hehehe.. Alhamdulillah di sana ada pakcik-pakcik yg sapa kami bagi borang.. tolong bayarkan tiket apa semua.. kami tinggal tunggu duduk ja.. yang penting.. BANYAK BERTANYA.. dengan skill klaka sarawak yg ada sikit-sikit ngan kmk, kmk b'jaya tnya info penting..hahahahha.. syukur ayen selalu kelaka sarawak ngan kmk.. b'guna juak duhal.. aiseh..ahahhaa
taraaaa.. ni muka-muka masa cerah.. tak tanned ..sunburn lagi.. hahahha.. ni time urus entrance kat jetty boat..
nanti mereka akan beri tiket entrance ni...

naik boat ke bako national park HQ ni ambil masa lebih kurang 40 minit tapi sumpah tak terasa lama sebab sibuk sangat rasa excited tu..tambahan dapat tengok view lawa sepanjang perjalanan..
ni map for bako national park tu.. hihi.. besar t'pampang.. jangan risau, mereka akan beri juga map kecil..
oh yaa.. untuk budget? hmm.. 

ENTRANCE FEE : RM10
BOAT FEE : RM30 (return)
CAR FUEL : RM20 (return)
**overall budget (RM65 perperson)
nanti..dalam map mereka akan bagi clue hiking track macam warna dan symbol untuk memudahkan process hiking.. hehe
 taraaaa.. 1st station.. sebenarnya kami sesattttt..hahahaha.. sepatutnya kami lalu track untuk ke station ke 5 dan 6.. tapi yakin sangat dan mungkin terlalu excited tu pasal boleh sesat..hahahhaa.. TERhiking pulak Tanjung Sapi..hahhahaa..dah terang-terang dalam map dia tanda ikut petanda kuning, yakin juga kami org ikut petanda merah putih..hahahhaha.. 

pesanan awal.. mohon exercise sebelum pegi hiking di mana-mana.. untuk mengelakkan badan tu terkejut..hahhahahaha.. semputttt~~~ feuhhh.. 

ni contoh track hiking di tanjung sapi yang tempat kamiorang sesat tu..ahahaha

yang ni OTW pegi tanjung pandan.. hehehe.. ehh betul kaa.. mimi lupa sebenarnya nama tempat tu..hahahha.. yakin-yakin ja laa tanjung or teluk pandan..hahahha.. 

ni lagi satu rahsia.. hahahha..kenapa gambar hiking kami mejoriti atas boat..hahahha..takda gambar nature.. hahahhaa.. sebabnya, semua tak larat nak hiking 1 jam 30 minit pegi tanjung pandan gara-gara penat tersesat kat tanjung sapi.. hahahahha.. hujung-hujung kami naik boat pegi balik.. kos naik boat pegi balik ke tempat cantik ni RM14 .. view kat belakang kami org tu nama dia sea steak.. uncle boat tu putar-putar laa sekejap kat sini bagi peluang kami org ambil gambar...

haaa..sampai-sampai ja terus tulis-tulis nama kat pasir.. typical vacation ke pantai..memang tulis-tulis nama la kann..hahahhaha

yg ni view kat puncak.. dari pantai yg gambar sebelum gambar ni ke atas puncak ni ambil masa 10 minit ja.. kalau stamina kuat 5 minit boleh sampai..tapi memang perlu hati-hati apalagi bila cuaca tu hujan atau apa sebab tangga dia kecil-kecil..hahaha.. alhamdulillah time ni cuaca cukup untuk salai orang..hahahaha







maaf lah bila blog lain bila update pasal trip mereka akan upload tentang view.. kamiorang kurang ambil gambar view sebab sibuk ambil gambar kenangan trip kamiorang kesini..cantik sangat.. mcm setiap sudut tu cantik sangat dijadikan tempat b'gambar.. hahahahha

okok..yang kat bawah ni gambar apa yang kamiorang jumpa kat bako sana..hahahaha.. 












sekian untuk perkongsian trip kali ni.. semoga berjumpa di trip-trip akan datang ..peace yooooo..hehe


End of semester + hello final exam!

-kata ganti nama diri - Mimi-'
Hello... b'habuk blog lama gila tak diupdate.. So, senang jak nak teka apa contain post kali ni since tajuk pun takda main kias-kias.. ehehe.. Mimi start final exam tanggal 29 December ni so wish me goodluck.. 
currently Mimi di semester 04 Ijazah Sarjana Muda.. harap-harap dapat habis on time.. inshaAllah Amiinn.. 

semester ni subject dia berat sikit.. tipu laa kalau Mimi kata tak nervous nak hadap.. dengan subject Plant Biotech, Statistic, and Economy.. kira subject-subject yang digeruni laa.. haha.. Tak pa, time diploma boleh survive.. takkan degree tak boleh.. heee..  I wonder juga mcm mana boleh t'jebak dengan sains walhal time sekolah menengah dulu ambil subject sastera.. kalau tak t'jebak dengan sains mungkin Mimi tengah mengarang pantun sekarang.. hahahahhahaa.. tengah b'puitis.. b'drama... 

Nak share gambar untuk semester 04 ni.. tak banyak sebab semester ni tak da juga jalan sangat.. setakat spend time dengan kawan keluar makan ja banyak.. inshaAllah next sem Mimi nak capai semua dalam wishlist..nak habiskan sebabbbbbbb ntah bila lagi kan nak bjodoh jejak sarawak lepas habis study.. mungkin bjodoh la juga.. tp tunggu bila dah kerja.. dah afford nak travel sendiri.. hee



gambar atas tu ..kalau takda assignment video mandarin takda laa kami sampai ke damai berlima.. hahahhahaa.. sebab sem ni satu group dengan mereka tikah, shida, ariff ngan khai.. sampai laa kami ke Damai beach pegi m'rakam video assignment.. Alhamdulillah semoga mandarin semester ni jadi mandarin terakhir yang kami ambil.. hahahhahaa.. tiga sem dah ambil mandarin.. yg Mimi tau 'Wo Xiang Ni' ja.. hahahaha.. takda laa.. gurau jak..alhamdulillah dapat juga laa hadam subject mandarin ni.. hihi.. inshaAllah ada kegunaannya di masa hadapan..

yang ni memang kerja gila ngan Ayen.. tak silap lepas habis class ELC kami pegi kedai gambar.. nak ambil gambar passport untuk 'something' heee... jalan-jalan nampak durian dijual tepi jalan.. sanggup pegi beli bekas makanan sebab durian jak.. time tu memang craving habis.. hahahahhaa.. tak peduli kiri kanan, duduk kat situ juga tengok abg jual durian tu kupas sambil melahap.. Mimi memang suka gila makan durian tapi tak boleh overdose.. I think lepas dari academic visit time semester dua tak dapat dah makan durian banyak sangat.. makan jak start lah panas lahh.. nak demam laa.. mungkin dulu dah over limit makan ..hahahhaa..malam tu memang panas gilaa rasa badan.. tak dapat tidur.. duduk depan kipas jak.. sapa suruh, nak sangat makan durian kan.. ngeee..

yang ni time roleplay subject organization behaviour (OB).. like seriously, Im not type of person yang suka present depan orang.. hhahahhaa..apalagi bab-bab belakon kann.. memang tak laaaa.. gegar-gegar jak time buat roleplay ni.. Alhamdulillah semuanya menjadi.. nak ja Mimi attach video kat sini tapi mesti besar gilaa saiz video tu kann.. ahhaha


Last class madam Velarie for subject ELC550.. lecturer yang ni memang kira one of my favourite lecturer sebabbb, dia selalu lontar sarcastic comment.. hahahahhaa.. tapi belum ada lagi comment dia yang masuk ke hati.. she's nice .. thankyou sudi ajar kami dua semester madam.. ahahhahaha..
yang ni last class statistic.. class yang susah gilaa nak ponteng bukan sebab miss dia garang.. sebab subject ni sekali tak datang jangan harap ko faham chapter tu.. hahahahhahaa.. 

Spend time with le classmates.. supposed time ni cik Alice ada join.. dah setuju dah nak join tapi atas sebab musabab yang tertentu dia cancel.. hmm.. 

budak ni seriously memang pembuli dari semester dua lagi -_- ..
dapat gambar sama sebab diaorang pun kebetulan pegi sana rakam video mandarin mereka..

k.k.k... banyak gilaa gambar tapiiiiiii buku dah memanggil.. sambung next post.. heee
doakan semoga kami lulus dengan cemerlang inshaAllah ..
Assalamualaikum :)

KAHWIN MUDA...

First of all.. that face above is my favorite expression when people start talking about 'bestnya kahwin muda' ...I just dont understand... hahahahha.. well for sure people will get married when the suitable time comes.. no need to wait.. ada yang taknak kahwin muda tapi jodoh awal sampai..belasan tahun dah kahwin.. ada pula yang nak kahwin awal.. tapi jodohnya pulak tak sampai-sampai.. so pleasee people... be sedikit sabar.. inshaAllah Allah dah siapkan yang terbaik untuk hidup kita semua..

So.. kahwin muda... hot topic yeah.. Im not usually update this kind of thing.. hahaha.. tapi rasa macam best jak taip fasal topic ni.. 
Perkahwinan adalah suatu benda yang cukup berat. Ia melibatkan soal amanah, tanggungjawab dan hubungan yang berterusan sehingga mati. Ia juga merupakan perbincangan tentang suatu alam yang penuh dengan dugaan dan cabaran, baik dari segi lahiriah mahupun batiniah.
Nikah kahwin suatu perkara yang berat. Memang berat. (copy & paste dari belog myilham.com)
Ok.. itu fakta yang memang fakta.. since ni belog aku suka hati aku mau bagi pendapat apa yg lain mohon senyap.. hahahahahahahaa.. tak baik marah-marah bulan puasa uolsssss~
In my opinion..... kahwin muda is not a bad thing.. dapat elak maksiat is the first thing of coz kalau ditanya kenapa nak kahwin awal...tapi tapi tapiiiii wahai sister-sister brader-brader...dah sedia ka????
aku yang umur 22 tahun ni pun serius belum terfikir mau kahwin even diri ni dah selesai ambil kursus kahwin.. hahahahahahaha.. saja ambil awal.. ilmu pulak tu ..apa salahnya kan.. hehehe..
bab dah sedia? sedia untuk apa??
For Isteri:
Dah sedia kah pikul tanggungjawap sebagai isteri dan ibu?
Dah sedia kah bangun awal sediakan makan pakai untuk satu keluarga?
Dah sediakah berperang di dapur even lepas balik kerja? - bagi yg bkerjaya
Dah sediakah dengar jerit pekik anak-anak kecil???
Dah sediakah hadap perangai mertua?? hahahahahaa
For Suami:
Dah sediakah tanggung dosa isteri bilamana kau masih seorang pendosa??
Dah sediakah tanggung makan minum satu keluarga??
Dah sediakah bimbing Isteri dan anak-anak ke jalan yang diredhai??
Banyakkkkkk lagi jenis dah sedia ka tidak....well.. some people will debate that 'dah sediakah' dengan ayat ' Alaaa..kalau dah kahwin nanti automatik laa dia akan berubah untuk jadi yg lebih baik..belajar itu..belajar ini' .. well people... sesetengah mungkin ada yang berjaya berubah.. tapi tapi tapiiiii ya sister dan braderr.. bila mana benda tu ko dah terbiasa dari zaman bujang.. it takes time to change... 
Jangan nak mimpi nak kahwin muda bilamana kau masih bangkit dari tidur masa matahari dah tegak atas kepala.. nak makan apa laki kau?? hahahahahhaa..jangan dah berangan kalau belanja makan pun masih parents yang bagi..nak berangan?? silakan.. hahahahahhaa..haaaa.. bab belanja ni mesti akan ada yang kata 'rezeki akan datang secara automatik bilamana kau berumahtangga' .. hmmm datang tanpa usaha?? datang bila mana kau masih sorang penanam anggur berjaya?? mohon cek balance dalam akaun bank.. ada berapa sekarang??? hahahahhaa.. RM10?? berangannnnnnn!!!!! hhahahahaha..tapi inshaAllah.. kalau sungguh-sungguh jugak nak kahwin muda..species ni akan usaha juga nak dapatkan duit..
Kahwin itu adalah satu ibadah.yesssss!!! tapi berkahwinlah bila kau sudah bersedia.. jangan kahwin sebab kau nampak banyak post-post kahwin muda kat facebook! hahahahahhaa.. kau ingat kahwin ni untuk sehari dua ??? kahwin tu satu ikatan yang kalau boleh dipertahankan hingga ke akhir...bukannya lepas sehari dua kahwin, ko boleh patah balik :)
Last but not least, baca ni.. hasil copy and paste dari belog tarbiah sentap:
“Sejauh mana kita bersedia memikul tanggungjawab perkahwinan, sejauh mana kita bersedia untuk memikul segala beban dan cabaran yang bakal berlaku dalam menempuh badai ombak dalam perkahwinan, sejauh mana kita FAHAM dengan JELAS matlamat dan tujuan perkahwinan…”




Hello semester dua ft view of sarawak..

Taraa.. first time aku update blog ni letak gambar dahulu before cerita-ceritu yang banyak merepek.. hahaha.. Alhamdulillah manage juga naik semester dua ijazah dengan result semester lalu jeng jeng jeng.. hahahaha.. Alhamdullillah tiada repeat.. tu pun kira Alhamdulillah sebab aku tak suka gilaa dengan subject CSC tu.. hahahhaa

motif gambar diatas??? hahaha.. Actually sekarang tengah cuti midterm.. tak balik cuti?? TAK.. nak balik Sabah tapi Puan Mamy tak da kat Tawau.. so, daripada aku sendiri kat rumah baik ku stay jak kat rumah sewa di sini.. hehehe.. memandangkan ramai Sabahan yang tak balik disebabkan tiket mahal..lagi-lagi untuk orang yg memerlukan dua kali flight baru sampai Tawau macam aku.. semuanya tak balik.. bukan semua laa.. ada juga yang balik cuma kuantitinya boleh dihitung pakai jari..

So.. what we do.. Cliff and me first rancang mau pegi Damai beach.. BBQ sana.. tapi memandangkan time tu hari ahad.. diaorang pegi church.. cancel Damai.. buat BBQ jak laa kat rumah.. semua p'sediaan last minute.. ahhahahaha.. thanks cliff sebab macam lebih jak budget kann.. kira mcm dia sponsor lebih sikit rasanya.. bwekk.. hahhahahaha.. 

gambar di atas tu actually semua satu batch aku time Diploma di Sabah.. rasa macam terulang balik memori-memori dulu kala time diploma.. aisehh.. bezanya cliff,akmal,fikri and fiza baru masuk ijazah.. kamiorang beza satu semester jak.. tapi tiada juga ba yang membezakan.. sekali jadi kawan.. tetap akan jadi kawan kannn.. in sha Allah :)

haaaa.. yang ni time nuai bawa aku jalan kat Orchid park.. seriously cantik gilaa.. untuk sesiapa yang suka bunga ngan nature laa.. hehehe.. banyak sangat jenis orchid di sana.. rasa macam 'berapa lama laa dorang ambil masa buat tempat ni sampai jadi macam ni' hehehehe.. lepastu yang buat aku t'kejut.. masuk dia FREE OF CHARGE..ya laa.. tempat dah cantik lepas tu free pulakk.. sama macam muzium putih tu.. hahahhaa..

aku teringin nak masuk astana James Brooke tu tapi time kami pegi, tutup la pulakkkk.. hampa juga laa sikit.. hehe.. tak paa.. lama lagi baru habis study kat sini.. hehehe .. ambil peluang jelajah selagi boleh.. lain lah kalau ada jodoh dengan orang sini kann.. ehhhhh... hahahahahahhaa


salah satu contoh orchid yang ada kat sanaa.. cantik gila yang colour pink tu.. maklum lah.. peminat tegar warna pink.. nampak pink jaa mulaa laa mata b'kaca-kaca.. kawan pakai payung warna pink pun aku boleh stop kejap tengok payung dia.. hahahaha

this one taman dekat sebelah muzium putih.. nama dia sebenarnya bukan muzium putih.. sebenarnya aku tak tau nama dia.. hahahahahhahaha.. taman ni pun cantik.. mall ngan taman-taman macam ni.. aku pilih taman.. hehehe.. taman ngan pulau.. aku pilih pulau,, pulau ngan kau.. aku pilih kau.. ehhhhh!! hahahahahhahahahahaa

BTW semua gambar di atas aku ambil pakai SJCAM 5000 wifi.. bukan Gopro k BUKAN GOPRO.. hahahhahahaa.. tak mampu mau beli gopro sebab mahal sangatttt... cerita fasal camera.. before purchase.. tengok dulu semua specification dia.. bandingkan itu dan ini dengan sport camera yang lain.. untuk kepuasan hati nampak result gambar dia,, hahaha..

Seriously.. tempat ni pun cantik.. malangnya aku lupa jugak nama dia.. letaknya atas bukit.. nampak juga laa satu bandar.. hahahaha.. perlu sabar jak daki balik tangga untuk sampai tempat parking.. tempat santai yang kira sesuai lahh untuk someone yang gilakan view cantik.. hehehehe.. 

banyak lagi sebenarnya cuma gambar belum transfer ke laptop.. hahaha.. inshaAllah next post kalau aku segigih ni nak menaip.. taip assignment punya malasss.. sekali taip blog rajin pulakk.. hahhahahaha.. next destination.. ku teringin juga pergi area Miri..Mukah.. hiking gunung ganang yang ada kat sini.. inshaAllah next Bako National Park.. masuk dalam wishlist semua tu.. hahahhaha.. tapi untuk part hiking hold dulu laa atas factor semput.. hahahhaa.. sedangkan naik Bohey Dulang pun aku nak t'muntah sampai puncak.. hahahahhahahaa..

inshaAllah.. dimana ada kemahuan.. disitu ada jalan.. ehhh.. betul kaa?? yatohannn.. kemana perginya bakat sastera aku yang terrer la sangat tu dulu.. hahahhahaha..

inshaAllah next post aku upload gambar-gambar view cantik..
sekian untuk post merepek kali ni.. wahai mimi.. sila sambung buat assignment awak yang nak kena submit tu.. hahahahaha.. sudah-sudah la ingat encik someone.. EHHH.. hahahahaha.. tak da laa.. gurau jak ok.. ahahhahahahaa