
Degree life!

will be end soon :)

SAYA PRAKTIKAL STUDENT :D

semester 05 ^^

Maulidul rasul 2014 ^^
Today 14012014 UiTM Cawangan sabah buat sambutan hari keputraan Nabi Muhammad SAW.. kitaorang berarak dari parking lot fast track sampai la ke dewan gym ^^ agak meriah juga lah sebab ada penyertaan dari semua fakukti.. dari pertandingan sepanduk sampai la pertandingan kontinjen.. our course, DPIM naib johan for kontinjen terbaik.. johan pulak course DIS.. course si azreel.. congratulation dude.. hehe.. selawat ke atas Nabi junjungan kita tak semestinya di ucap time maulidul rasul saja.. sentiasa la kita mengucap selawat ke atas baginda agar kita menerima syafaat daripada baginda di hari akhirat kelak.. im sharing u the picture of us .. gelprengs and me ^^
FINAL EXAM ^^

J.P mariiii .. !! :D
Assalamualaikumm .. hyeee .. hee .. bru update .. haha .. brpa hri suda tak update .. hee .. busy laa .. hri ne hari yg paling legaa .. lepas satu beban .. aa?? beban pa?? hehe .. hari ni kami ada pertandingan kuiz subject perdagangan .. dibuat di SMK JAMBATAN PUTIH .. hoho .. besarnya sekolahnya .. heee .. kami 4 org wakil skolah .. aku and 3 org kwn aku .. 1 simpanan .. kawan aku yg tinggal sebelah kelas yg simpanan .. sehari sebelum kuiz tu .. grr!! Tuhan jea tau keadaan kuh camna .. tu laa .. last minute baru nak baca .. ambek kauu!! satu hari aku baca fullblast kitab perdagangan .. huh!! sampai pening berabis kepala kuh .. tadi pagi jalan pegi SMKJP .. start sudaaa panas muka kuuu .. nervous gitu .. hahahahahaha .. sekalinya sampai jea di SMKJP! Tuhan jea tau .. punya sejuk tangan kuh .. hahaha .. daftar diri .. teka apa .. kami paling last smpai di situ .. ehee .. sepatutnya mula jam 7 .. t'paksa dehh di tunda pi jam 8 .. hoho ..
daftar diri jeaa.. trus di bawa p satu kelas .. untuk saringan .. 15 buah sekolah yg b'tanding.. time p dewan tuu .. ntah laaa .. maybe budak2 kategori ONAR teriak2 kami .. balek2 teriak 'DOMO' ..aku guna beg domo time tu .. but pedulikan seja laa .. tak penting .. hahaha .. aku sangka 40 soalan jeaa !! sekalinya .. teetss .. 60 soalan dalam masa 60 minute .. thats mean 1 minit 1 soalan .. perghh!! hang otak kuh tadi .. haha .. suda la aku duduk paling depan .. shit! kiri kanan punya serius menjawap .. macam aku mau hantak jea kepala diaorg guna kerusi .. bising betul menekan2 kalkulator .. relax laa!! haha .. hang sekejap otak kuhh .. tak mampu suda sebenarnya kuh jawap ..b'fikir dlm masa yg singkat?? tak boleh lorhh !! aku bukan geniusss !! hee .. tapi Alhamdulillah .. rsult nya .. aku dapat jawap 41 dari 60 soalan .. oke apa!! paling tinggi antara kwn2 kuh .. kwn aku c A dapat jwp 38 .. c S dapat jawap 25 ..
habis jawap soalan2 yg .. entah laa.. buat kepala kuh nie pening gilakk .. disuruh la pulak kami p dewan diaorg .. lalu kelas saringan di sebelah.. damn!! jumpa kwn aku yg sekelas ngan aku dari darjah 1 !! haha .. 6 tahun tak jumpa ngan dia dohh!! lama kan?? ada jodoh pulak kami di kuiz nie .. haha .. mcm2 cerita keluar .. dan kata yg paling buat aku terasa hatii .. *cehh!* .. dia kata .. "ko ni .. teda la berubah2 .. tetap juga begini dari dulu .. tak pandai tinggi2"
teetss .. sorry E .. saya terasa .. cehh .. hahahaa .. malu ny aku di cakap begitu .. yea laa .. kwn aku tu kan tinggi .. hoho .. smpai bahu nya jea aku nee .. merendah diri sudaaa .. hahaha .. first time jumpa kawan FB aku .. si ANIK and ADZLAN .. annie teasiz dan soklat peot .. hahaha .. c anik .. ya ampiunn .. ceria betul tu budak .. heehehe .. kicik2 sedja org diaa .. malu saia ketemu mr. peot .. *gedik* .. hahahaha .. dia la nie bagi tajuk belog .. dia cakap .. "tulis lagi di blog .. JP marii !! JP mariiiiii" .. nahh .. aku tulis la nie tajuk post .. JP mariii!! .. hahahaha
di dewan tu .. kmi diumumkan .. dapat tempat ke 4 dari 15 buah sekolah .. tempat ke 4 tu dikongsi lagi dengan SMKJP .. coz markah kami tu seri .. sepatutnya if kwn aku yg simpanan tu yg masuk .. kami dpt tempat first! sebab tadi pun dia try jwp soalan tu .. dia dpt 35 per 60 .. huu .. kwn aku yg msuk tu dpt 25 per 60 .. huu .. apa boleh buat seja laa .. kami sudah buat pilihan yg salah .. terpaksa la terima hakikat .. cikgu pun ckp mcm tu td .. pilihan kami salahh !! aiyoo .. rasa terkilan plus menyesal juga laa .. hahahaa . tp .. eish!! pa boleh buat jea laa .. hoho ..
CORETAN SI BUDAK 17 TAHUN *read and silent*
Pagi itu aku terlambat lagi. Sampai sahaja di sekolah, guru disiplin sedia menanti bertemankan sebatang rotan yang panjang dan nipis. Dengan langkah yang longlai, aku mendekati guru itu . "Hari-hari awak lambat. Awak tak boleh ke bngun awal skit? Tak boleh ke rajinkan sikit diri tu bangun pagi??" guru disiplin mula melampiaskan kemarahannya.
"Maafkan saya cikgu, saya tahu saya salah.”Aku mula menyusun kata-kata yang ku anggap sedikit sebanyak dapat menyejukkan hatinya .
"Tu je awak tau. Maaf, maaf dan maaf!! Buktikan pada saya kamu bleh datang awal. Jangan tahu nak minta maaf jee."
Aku menjadi kecut apabila mendengar kata-kata guru disiplin itu. Setelah itu, dengan rela hati aku membiarkan tangan ku dibelai kasar dengan rotan guru disiplin itu. Dengan longlai, aku bergerak menuju ke kelas . Satu demi satu anak tangga ku daki.
"Tingkat dua .. Tingginyaaa .. Kalau ada lif kan baguss!"
"Huu! Akhirnya sampai juga ke kelas yang dituju .."
tok .. tok .. tok ..!
"Assalamualaikum." Aku menyusun kata salam kepada guru Bahasa Melayu yang sedang mengajar .
"Awak lambat lagi! Berdiri di luar ! Kalau hari-hari lambat, baik awak tak payah masuk kelas!"
Dengan rasa rendah diri, aku keluar dari kelas dan mula menebalkan muka berdiri di koridor yang disaksikan oleh beratus orang pelajar!
*Tamat masa pertama ...
*Tamat masa kedua ...
"Terima kasih cikgu "
Huu .. aku mengeluh mengucap syukur kerana guru itu telah menamatkan sesi pengajarannya. "Jangan lambat lagi .Kalau lambat tau la kamu apa jadi" Aku tersentap mendengar kata-kata guru itu.
Aku hanya mampu menjawap " baik cikgu"
Keesokkan hari ...Dengan berbekalkan semangat yang tinggi, aku bangun pagi seawal jam 5 subuh. Kusentuh air di bilik mandi.. "sejuknyaaa!!" .. Selesai menyiapkan diri, aku segera berangkat ke sekolah dengan alasan tidak mahu tangan ku yang sememangnya sudah kasar dan lali menerima sebatan sekali lagi menerima sebatan. Aku ingin tunjukkan pada guru disiplin itu bahawa aku juga boleh datang awal ke sekolah!
Fuhh!! Sampai juga!! Dari jauh kelihatan guru disiplin sedang bercerita bersama rakan-rakan guru yang lain. Dengan yakin aku melangkah masuk ke kawasan yg kuanggap kawasan hitam bagiku setiap kali sampai ke sekolah! Guru disiplin mula berdiri dengan rotan yang panjang .. semakin dekattt .. semakin dekattt .. dan !!!!
"Bagus .. akhirnya kamu dapat buktikan yang kamu boleh datang awal ke sekolah .. "
"Ya cikgu " Dengan senyuman yang lebar aku menjawap kata-kata guru disiplin itu.
Fuhhh!!!!!!! Hanya Tuhan yang tahu. Sekali lagi menaiki tangga untuk sampai ke kelas merupakan sesuatu yang memenatkan. Kutabahkan hati mendaki satu demi satu anak tangga. Sampai ditingkat dua, aku berjalan melalui satu demi satu kelas kerana kelas ku terletak di tengah-tengah.
"Aikk!! Awalnya ko datang?? Mimpi apa semalam?? Mimpi putera raja datang?? Hahahaha (gaya ketawa gedik)." Singa gedik itu mula menyusun kata-kata. Dengan berbekalkan geng yg bodoh + hodoh dan gedik, mereka mentertawakan ku. Aku hanya mendiamkan diri. Ingin sekali aku masukkan kasut sekolah bersaiz 4 ke dalam mulut mereka .. huu!!
"grr!! alergiknya aku dengan perangai mengada-ngada kamu nie .. dah la gedik .. hodoh lagi tu!!" . Aku hanya mampu menahan perasaan .
Kringgggg!! Kringgg!! Loceng sekolah yang menandakan waktu masuk sudah berbunyi. Seperti biasa, guru Bahasa Melayu masuk ke kelas.
"Semua murid berdiriiii .. Selamat pagi cikgu!"
"Yaa .. Selamat pagi. Silakan duduk bagi yang sudah menyiapkan kerja yang cikgu bagi dan silakan berdiri di koridor bagi sesiapa yang tidak menyiapkan kerja yg saya bagi!!"
Syukurr! Aku sudah menyiapkan kerja yg diberi. Dengan senang hati aku duduk di kerusi. Sekumpulan geng gedik yang tidak ku sukai itu keluar menuju ke koridor .
"Padan muka ko!! Tau nak kerjakan org jee" ..
Guru Bahasa Melayu menyusun kata-kata yang membuat aku seolah-olah ingin terbang di angkasa yang tinggi .
"Kamu nie rekod sekolah ok tapi bila sampai bab keja skolah, kamu la ratunya .. pemalas!!! Kamu tengok c mieyy ni. Biarpun datang sekola selalu lambat. Time saya mengajar dia berdiri kat koridor, tengok kerja .. siap!! Cubalah kamu contohi sikit perangai dia yang rajin buat kerja sekolah .. yang selalu lambat tak payah contohi!!"
“huaaaaarghhhh!! Bangganya ku rasa .. hahaaha .. “
Di petang yang nyaman, aku duduk menghadap computer. Dengan semangat yang ada, aku mula menaip laman web blog ku .. huu .. seperti biasa , mereka memintaku untuk mengikuti blog mereka kembali. Aku mula membuka laman sesawang facebook. Rindu meresap dijiwa . Satu demi satu jejari runcing menaip nama seseorang .. search! Rindunyaaaa! Diawal usia 16 tahun, aku mula terjebak dengan cinta monyet. Menulis sesuatu di blog ku merupakan satu rutin bagi ku. Hidup ku, isi hati ku dan segala kisah kukongsi bersama para pembaca setia. Blog umpama sebuah diari yg tidak terkunci bagi ku. Tiap hari , aku menanam semangat yang tinggi untuk Berjaya. Tiap hari aku berharap dapat melihat si dia di sekolah. Sungguh melalaikan. Tapi hanya itu pencetus semangat ku untuk pergi ke sekolah. Mengenalinya hanya satu kebetulan. Mencintainya juga satu kebetulan. Sesaat saja , kebencian mula menguasai fikiran. Sedetik saja, hati mula tersentuh untuk menerimanya kembali .. ahh!! Anehnya dalam bercinta. Namun , ditahun-tahun yg penting ini, dia terpaksa ku jatuhkan ketangga ketiga!! Kudahulukan cita-cita dan keluarga ku. Tidak ingin rasanya melihat kekecewaan di mata keluarga atas kegagalan lalu. Sudah cukupp!!
di pagi yang indah ini ..
*beeps .. beeps ..! 1 msg receive*
melihat namanya tertera di skrin telefon ku .. dengan pantas jejari menekan butang open!
* mungkin nie msg terakhir ,, kita pisah!!*
detik itu .. dunia seakan berhenti berputar .. setitik demi setitik air mata ku tumpah membasahi bumi Allah yang luas ini .. tiada satu ucapan yang mampu ku keluarkan .. tiada satu balasan yang ku berikan
padanya .. :(
Jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Aku membuka satu demi satu mesej yang dikirimnya dari awal perkenalan. Aku menguatkan diri untuk memadam satu demi satu mesej darinya. Sampai ke mesej terakhir, dengan berat hati aku membalas mesej terakhirnya.
* if itu yang terbaik .. aku trima .. *
Hanya itu yang mampu ku balas.
Di petang yang nyaman ni, seperti biasa online menjadi kegemaranku. Facebook tempat aku melepaskan bosan. Setiap kali aku membuka laman sesawang itu, hanya satu yang ku dahulukan. Jejariku sentiasa setia menaip namanya pada bahagian search. Aku tetap setia menjenguk profilenya. Namun, semua itu hanya sia2 belaka setelah dia mengunci profilenya untuk dirinya sahaja. Aku akur aku dan dia bukan siapa2 lagi. Aku berharap setiap mesej yang msuk itu datang dari dirinya. Tetapi harapan itu kini tinggal harapan. Setinggi gunung harapan ku ingin memilikinya lagi. Namun sedikit demi sedikit harapan itu punah. Aku akur akan kehendaknya ..
Exam pertama sesi 2011 bermula. Tiga org pelajar baharu masuk ke kelas. Kehadiran mereka tidak ku pedulikan kerana bagi ku , mereka hanya halimunan yang datang singgah di kelas .
Aku tidak ingin mengambil tahu walau sekecil zarah pun perihal mereka kerana bagi ku , mengambil tahu perihal mereka ibarat membuat dua ekor harimau gedik terjaga dari tidur. Dua murid perempuan di kelas ku meminati seorang pelajar baru. Aku tidak begitu kisah kerana 'dia' tidak begitu menarik perhatian. Namun , di saat dia melemparkan senyuman kearah ku, dunia seakan berhenti berputar. Aku merasa ada sesuatu yang mengangkatku tinggi di udara. Pertama kali aku tekun melihatnya tersenyum. Hati ku berdesis "OMG, telinganya macam piring astro". Aku hanya mampu berpaling ke hadapan .
Exam pertama sesi 2011 berakhir. Markah ku keseluruhan adalah tidak memuaskan. Semangatku merundum jatuh ibarat saham yang mendapat kerugian besar. Aku mula membayangkan ceramah-ceramah yang bakal disampaikan oleh ibu. Aku menjadi gerun! Di kala itu, baharu lah aku sedar, cinta hanya mengundang padah kepada ku. Bahagia cuma sekejap. Tetapi padahnya membawa kerugian yang sangat besar dalam hidup ku. Di kala itu , aku mula menanam janji tidak akan pernah lagi serius dalam perhubungan kerana bagi ku perhubungan yang serius di usia muda hanya akan memberi kesan buruk dan kerugian yang besar dalam diri. Disaat kelalaian ku itulah mahkota tempat pertama jatuh ke tangan budak yang bertelinga piring astro . Aku kesal. Oleh kerana itulah aku mula membencinya . Aku membencinya hanya kerana kesalahan yang aku sendiri perbuat.